Kebanyakan penyakit yang dialami oleh golongan wanita adalah sukar untuk dikesan pada peringkat awal – wujud gejala namun ia sedikit sukar untuk mengetahui sama ada adakah ianya merbahaya ataupun tidak. Justeru itu, untuk berasa lebih selamat, anda dinasihatkan untuk pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat mereka jika anda mendapati diri anda berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda. Untuk pengetahuan anda, mereka yang terselamat dengan penyakit barah payudara adalah mereka yang mendapatkan diagnosis awal – sebanyak 90% kes. Cuba semak simptom di bawah:
#7 Kerap kencing.

Maksud : Terdapat masalah pada buah pinggang dan saluran kencing. Ia merujuk kepada ketidakseimbangan hormon atau menunjukkan bahawa terdapat sesuatu dengan mikroflora faraj. Dan jika anda kencing kerap dan berasa sangat dahaga, ia mungkin tanda diabetes.
Tanda: Anda perasan anda kerap ke tandas. Secara normalnya, seseorang itu hanya pergi ke tandas untuk membuang air kecil sebanyak 4 hingga 10 kali sehari jika minum jumlah air yang biasa diminum. Segera berjumpa dengan pakar jika anda alami masalah ini.
#6 Turun berat badan tanpa sebab.

Maksud: Jangan gembira sangat jika berat badan anda turun dengan mendadak dalam masa yang singkat. Kadang kala, ia boleh jadi simptom kepada penyakit Crohn, kencing manis, dan barah. Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan badan jika ia berlaku secara tiba-tiba.
Tanda: Jika anda telah kehilangan 10-15 paun dalam tempoh 6-12 bulan yang lalu, dan anda tidak melakukan apa-apa sukan atau menukar diet anda, jumpalah doktor.
#5 Mempunyai bulu pada kawasan yang tidak sepatutnya.

Maksud: Hirsutisme atau bulu badan berlebihan bermaksud terlalu banyak hormon lelaki dalam badan. Perubahan penampilan seseorang bukanlah perkara yang paling buruk – keadaan ini boleh menyebabkan ketidaksuburan, gangguan metabolisme, atau peningkatan risiko kanser payudara dan penyakit endometrium.
Tanda: Jangan panik. Wanita selalu merasakan semua bulu adalah berlebihan. Lihat carta ini dahulu. Ia akan menjelaskan kepada anda adakah anda perlu berjumpa dengan pakar endoktrin.
#4 Keluar darah selepas menopaus.

Maksud: Banyak juga wanita yang masih keluar darah walaupun setelah menopaus. Darah yang keluar boleh jadi barah uterus, cervicitis, myoma, dan proses patologi lain yang berbahaya.
Tanda: Bagi wanita yang menjalani terapi pertukaran hormon dan masih mengalami menstruasi dalam tempoh 2 tahun adalah normal. Dalam kes lain, anda patut segera berjumpa dengan pakar. Ia berbahaya jika anda telah setahun putus haid dan secara tiba-tiba, anda mula keluar darah haid lagi.
#3 Sebarang perubahan pada payudara.

Maksud: Tanda awal kanser payudara agak sukar untuk diketahui. Jika anda sudah mengalami sakit payudara dan nodus limfa, ia sudah terlambat.
Tanda: Jangan mudah percaya dengan pemeriksaan sendiri walaupun ia dapat mengenal pasti peringkat awal barah payudara. Perhatikan juga jika terdapat kemerah-merahan, kedutan kulit, benjolan dan perkara pelik pada payudara anda.
#2 Keluar cairan yang tidak normal.

Maksud: Tubuh anda mungkin mengalami jangkitan. Terdapat banyak punca kepada situasi ini dan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Tanda: Cairan tidak seharusnya bewarna hijau dan berbau. Adalah normal jika terdapat sedikit cairan darah yang keluar semasa menstruasi (2 minggu sebelum menstruasi berikutnya).
#1 Darah haid yang banyak.

Maksud: Puncanya boleh jadi kerana keturunan, penyesuaian dengan iklim ataupun terlalu kuat bersenam di gimnasium. Malah, lebih serius lagi, ia boleh disebabkan oleh ketidakfungsian tiroid endometriosis dan myoma. Anda patut berjumpa dengan jika keadaan tersebut berlarutan kerana ia boleh membawa kepada anemia.
Tanda: Agak sukar untuk memahami aliran darah menstruasi anda. Jika menstruasi anda melebihi 7 hari, maka ia agak menggusarkan lebih-lebih lagi jika ia bewarna merah pekat. Putaran haid yang lengkap adalah dalam tempoh 21 hari ke 35 hari dan stabil.
Oleh yang demikian, anda jangan malu untuk bertemu dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas. Tetapi, bukan setelah mengalami simptom sahaja baru mendapatkan rawatan ya. Anda perlu berjumpa pakar sebanyak 1 atau 2 kali dalam setahun.
Sumber : Bright Side

