‘Dah lah mahal, TAK membantu meringankan urusan isteri’ Teguran wanita ini terhadap barang hantaran mewah membuka mata ramai bakal pengantin


Hantaran merupakan elemen yang penting dalam majlis persandingan dan lazimnya menjadi pertukaran antara kedua-dua belah pihak antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Hantaran perkahwinan bukanlah satu kewajipan, tetapi ia sudah menjadi adat atau tradisi dalam perkahwinan Melayu.
Tidak dinafikan, banyak proses dan persediaan yang perlu dilalui oleh bakal pengantin.
Salah satunya adalah memilih barang hantaran yang sesuai. Ramai bakal pengantin keliru atau tidak mempunyai idea untuk memilih barang yang sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan.
Kadangkala, memilih barang untuk dijadikan sebagai hantaran menjadi kerungsingan buat bakal mempelai. Pemilihan barang hantaran yang kurang tepat dan tidak sesuai boleh menyebabkan pembaziran.
Oleh itu, wanita ini mengesyorkan kepada bakal pengantin supaya memilih barang hantaran yang memberi faedah kepada masa akan datang seperti alatan elektrik bagi meringankan beban si isteri untuk menguruskan rumah tangga dengan mudah.
Berikut adalah perkongsian oleh  Fauzan N Siti melalui laman Facebooknya.
Pada hemat saya yg anak 4 dan dah kawin 14 tahun ni.. 
Barang hantaran sepatut nya BUKAN bunga, kain, mekap, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi. ( dah lah mahal, TAK membntu meringankan urusan isteri..kata SAYANG…)
tapi barang hantaran kawin adalah :
1. Steam iron philip ( laju dpt gosok baju suami, anak2 dan siri sendiri…seriously.. lama weh gosok baju ni…bengkak kaki)
2. Pressure cooker noxxa ( masak cepat gila.. belum cerita masak utk dlm pantang.. memang mudah betul urusan.. so banyak lebih masa nak belai suami.. gitu..)
3. Mesin Dryer kain ( ini.. memang hadiah paling istimewa.. jimat masa jemur kain weh…hujan lagi.. masalah bau baju kepam tiada lagi.. bil electric naik rm 50 sebulan ..ini hari2 guna…)
4. Kuali Magic ikan ( ini memang ohsem.. bukan apa.. tambah bila kawin kan planning nak ada anak.. isteri bersalin mesti dlm pantang punya..mudah nya masak ikan bakar ..cepat.. nanti bila anak dah besar sikit.. guna pulak nak buat lempeng bagai…mudah cepat… lebiiih banyak masa nak belai suami..)
ini baru berguna
ini baru tanda sayang isteri
ini baru akan membantu isteri utk lebih effektif
ini baru tidak membazir duit
Seriously, kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai..rasa macam nak mati pakai..sakit sana sini..rugi betul..kalau beli kuali magic ikan tu dah dpt sebijik..
senang nak masak utk siapa??? SUAMI juga..
BETUL…kalau bakal2 suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 org.. invest lah siap2 utk benda2 begini.. memang tak rugi..
cepat tag tunang masing2.. or..mak bapak.. sila fikir2 kan.. tak payah minta wang hantaran puluh2 ribu lah… senang kan bakal menantu tu… minta ini sudah… yg senang anak awak juga nanti..
kata sayang anak… gitu…
*dan duit guna utk tangkap gambar beribu photoshoot bagai tu, pelamin semua… cuba kira..dryer dpt sebijik ( RM 800 ), iron philip sebijik ( rm 1400 ) , noxxa sebijik ( rm 800 )..*
note : saya tidak jual barang2 ini.. ini posting dari hati..hahaha
Sumber : Fauzan N Siti
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==