
Malam semalam terjawablah teka-teki mengenai nama puteri sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa apabila mereka mengumumkan bahawa anak mereka diberi nama Siti Aafiyah Khalid.


Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55kg secara pembedahan di Gleneagles Kuala Lumpur pada 8.17 pagi pada hari Isnin, 19 Mac.

Untuk merayakan hari ketujuh kelahiran puterinya, Siti Aafiyah diperkenalkan semasa majlis tahnik, cukur jambul dan akikah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Dzulkifli al-Bakri.



Membawa makna segala maksud yang baik, nama tersebut dikatakan telah dipilih bersama suaminya sejak kandungannya berusia tujuh bulan lagi.

Sumber : IG ctdk
