
Li Chenggong sudah berusia 50 tahun dan telah bekerja di sebuah kilang selama lebih 20 tahun. Majikan dan para pekerja yang lain mengagumi kemahiran bekerja Li Chenggong dan kebolehannya di kilang itu menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Majikan kepada pekerja contoh ini selalu memujinya di hadapan pekerja lain dan beliau sering berkata, “Adalah menjadi satu penghormatan buat pihak kami apabila mendapat pekerja berkemahiran seperti Encik Li.”
Walaupun kilang itu adalah syarikat persendirian, tetapi faedah kepada pekerjanya adalah sangat baik. Li Chenggong hanya bergantung kepada kemahiran tangannya bekerja untuk menyara keluarga sehingga membolehkannya membiayai pengajian anak lelakinya di universiti. Akan tetapi, masa yang berjalan lancar itu tidak bertahan lama. Pada satu hari, Li menerima panggilan daripada anak lelakinya yang menyampaikan berita, “Ayah, ibu sangat sakit. Tolong pulang ke rumah secepat mungkin.”

Li Chenggong sudah mengetahui selama ini, isterinya sering jatuh sakit dan secara bersendirian menjaga kedua ibu bapanya yang sudah uzur. Dari panggilan telefon itu, dia tahu isterinya sedang sakit dan memerlukan perhatian. Jadi Li membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaan buat sementara waktu dan pulang ke kampung untuk berada di samping isteri dan menjaga kedua ibu bapa mentuanya. Li akan memastikan isterinya berada dalam keadaan yang sihat sepenuhnya sebelum membuat keputusan kembali bekerja.
Dengan surat perletakan jawatan yang telah berada di tangan, Li telah melangkah ke ruang pejabat majikannya tetapi kemudian membuat keputusan untuk beralih dan berganjak seketika. Li berjalan ke depan dan belakang pejabat majikan itu selama beberapa kali. Dalam fikirannya, majikan ini seorang yang baik hati dan selalu melayannya dengan baik.
Li Chenggong menyedari peranannya di kilang itu amat penting dan sekiranya dia meninggalkan kilang tersebut dan pulang ke rumahnya, tiada siapa yang lebih berkemahiran daripadanya yang akan menggantikan tempatnya di situ. Tetapi Li tetap mahu pulang ke rumah dan menjaga isterinya yang sakit. Akhirnya, Li telah membuat keputusan dan mengetuk pintu pejabat majikannya.

Li Chenggong memasuki pejabat majikannya. Dia melihat terdapat beberapa orang lelaki di dalam bilik pejabat tersebut yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Majikannya dilihat sedang duduk sambil wajah berkerut dengan sepuntung rokok di atas meja. Kesemua lelaki tersebut duduk dengan senyap dan memerhatikan Li dengan wajah yang serius.
Li kemudian bersuara, “Bos, seperti yang bos tahu isteri saya sedang sakit dan berkeadaan lemah di kampung. Anak lelaki saya menelefon semalam memberitahu isteri saya sedang sakit dan keadaannya memerlukan perhatian. Dengan pesta musim bunga yang akan tiba, boleh atau tidak bos membenarkan saya pulang ke kampung lebih awal untuk menjaga isteri saya?”
Majikan ini mendengar permintaan Li dan berkata, “Baiklah, dengan pesta musim bunga yang bakal tiba dan kamu pun sudah lama bekerja keras di kilang ini. Ambillah cuti beberapa hari untuk pesta musim bunga dan menjaga isteri kamu.”
Li kemudian menyedari yang majikannya telah tersalah tafsir dengan perkataan pertamanya, lalu dia mengulang permintaan itu dan berkata, “Saya mahu mengambil cuti tambahan yang lebih lama untuk menjaga isteri saya yang sedang sakit dan sekiranya keadaan isteri saya bertambah teruk saya mungkin tidak akan pulang bekerja, bos!”
Majikan ini kemudian memahami permintaan dan penjelasan Li dan berkata, “Encik Li, jika kamu pergi, saya mungkin tidak dapat mencari pekerja yang sebaik kamu untuk menggantikan tempat kamu.”

Li Chenggong sudah membuat keputusan dengan satu permintaan, “Saya minta maaf bos. Satu permintaan bos, boleh tidak jika bos memberi bonus tahunan saya sekali? Saya mahu menggunakan wang ini untuk membayar bil perubatan isteri saya.”
Selepas majikan ini mendengar perkataan itu dan menyedari ada beberapa orang yang sedang mendengar di pejabat itu, majikan ini telah berkata dengan nada marah, “Apa bonus tahunan? Pergi ke Bahagian Sumber Manusia dan ambil sekotak kurma merah di sana. Beli tiket keretapi dan pulanglah ke rumah kamu!”
Apabila Li sampai di rumahnya, dia melihat isterinya sedang terlantar sakit dan terbaring di atas katil. Anak lelakinya telah mengambil cuti belajar di universiti untuk menjaga ibunya.
Apabila anak lelaki Li melihat bapanya telah pulang, dia berkata, “Ayah sibuk bekerja mencari wang untuk kami di luar. Selepas Tahun Baru Cina ini, saya akan meninggalkan universiti dan menjaga ibu sepenuhnya.”

Li menjadi terkejut dan berkata kepada anak lelakinya, ” Oh tidak! Jangan berhenti daripada pengajian kamu. Ayah telah memberitahu majikan ayah yang ayah akan meninggalkan tugas ayah buat sementara waktu untuk menjaga ibu kamu. Apabila ibu kamu sudah pulih, kemudian baru ayah akan kembali bekerja. Jika keadaannya bertambah teruk, ayah akan bersara demi kebaikan semua.”
Selepas mendengar penjelasan bapanya, anak lelaki Li berkata, ” Ayah sanggup membuat keputusan nekad begitu? Bagaimana dengan bonus tahunan ayah?
Li berkata, “Lupakanlah dengan bonus tahunan! Apa yang ayah dapat hanya sekotak kurma merah kering!”

Anak lelaki Li melihat wajah bapanya yang hampa dan berasa tidak dihargai lalu tidak mahu bercakap lebih lanjut mengenai topik itu. Dia takut akan membuat bapanya menjadi lebih sedih. Sebaik sahaja mereka menghabiskan perbualan, telefon Li Chenggong telah berbunyi.
Li mengambil telefon tersebut dan melihat terdapat satu mesej yang baru disampaikan dengan berbunyi, “RM62,000 telah dideposit ke dalam akaun anda.”
Anak lelaki Li melihat bapanya sedang duduk dengan wajah pegun sambil melihat skrin telefonnya. Anak lelaki Li mengambil telefon daripada tangan bapanya. Kemudian dia menyedari jumlah simpanan dalam akaun bapanya telah bertambah sebanyak RM62,000. Dia bertanya kepada bapanya, “Ayah, siapa yang memindahkan…”
Belum sempat anak lelaki Li menghabiskan pertanyaannya, satu lagi mesej telah dihantar. Mesej itu berbunyi, “Encik Li, maafkan saya kerana telah berlaku biadap semasa Encik Li berjumpa dengan saya di pejabat tempoh hari. Seperti yang kamu lihat terdapat beberapa orang lelaki berada di dalam pejabat tempoh hari. Mereka ialah pemiutang yang mahu mengutip hutang pada hari itu. Jika saya berikan kamu bonus tahunan pada hari itu, mereka akan merampas kesemua wang itu daripada saya dan wang yang perlu digunakan untuk membiayai bil perubatan isteri kamu pasti sudah tiada untuk diberikan kepada kamu, Encik Li”
Mesej itu diterangkan dengan lebih lanjut, “Jadi, saya telah terfikir cara yang tidak berperikemanusiaan ini dengan memberitahu kamu supaya mengambil sekotak kurma merah kering dari Jabatan Sumber Manusia. Saya berharap isteri kamu akan segera sembuh dan sihat. Dan saya juga berharap kamu dapat kembali mula bekerja dengan secepat mungkin.”

Kemudian, mesej yang kedua telah dihantar, “Wang RM62,000 ini adalah sumbangan ikhlas daripada saya untuk menyatakan rasa penghargaan atas sumbangan kamu yang amat besar kepada kilang dan syarikat. Saya sentiasa menghargai sumbangan kamu yang telah memberi banyak manfaat dan keuntungan kepada syarikat. Gunakan wang ini untuk merawat isteri kamu. Jangan bimbang dengan tugas kamu di kilang. Semuanya telah diurus dan berjalan dengan lancar. Nikmati percutian kamu bersama keluarga.”
Apabila membaca mesej tersebut, Li Chenggong menjadi sebak dan tidak dapat menahan perasaan terkejut dan gembira pada masa yang sama. Tanpa disedari air matanya telah mengalir di pipi.
Segala rasa benci dan hampa sebelumnya telah hilang dengan begitu sahaja. Li Chenggong baru menyedari bahawa majikannya juga mempunyai masalah, yang mungkin lebih besar daripada masalahnya.
Selepas isterinya membaca mesej tersebut, dia telah berkata, “Selepas tahun baru, kamu balik semula ke kilang dan kembali bekerja. Saya tahu keadaan diri saya bagaimana. Saya boleh menjaga kesihatan saya. Jika saya dapat berehat dengan baik pada Tahun Baru Cina ini, saya boleh sembuh. Majikan kamu melayan kamu dengan baik. Jika kamu tidak kembali bekerja, kamu akan mengecewakan harapannya.”
Amat sukar mendapat seorang majikan yang baik dan mempunyai budi pekerti serta hati yang mulia.
Li Chenggong melihat isterinya dan berpaling melihat kembali mesej di telefon itu. Dia menundukkan kepalanya dan menangis sekali lagi. Kini baru dia tahu majikannya benar-benar seorang yang sangat baik hati.
Sumber : erabaru.com
