Sejak kecil kita dididik sepaya menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-rata tetapi entah kenapa sehingga kini masih banyak sampah yang dibuang di merata-rata walaupun tong sampah telah disediakan. Tidak cukup dengan itu, pantai dan sungai juga sering menjadi tempat pembuangan sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Semalam, dua buah gambar yang menunjukkan dua orang pelancong asing yang sedang mengutip sampah telah menjadi viral di internet. Gambar tersebut dikatakan telah dirakam di bandar Sandakan, Sabah.
Sumber: Facebook
Dua orang pelancong asing ini dilihat membawa sebuah beg untuk meletakkan semua sampah sarap yang dipungut sepanjang jalan. Jika diperhatikan beg tersebut agak besar jelas menunjukkan bahawa kawasan tersebut sememangnya sangat kotor dan dipenuhi sampah sarap.
Anda rasa malu bukan? Tetapi ada perkara yang lebih memalukan…
Walaupun melihat tindakan dua orang pelancong ini tiada seorang pun rakyat tempatan yang datang kepada mereka untuk bersama-sama mengutip sampah. Dua orang lelaki yang ada di tepi sungai di situ hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh pelancong itu. Mereka sedikit pun tidak datang menghulurkan bantuan.
Sumber: Facebook
Dalam masa 20 jam, status ini telah dikongsi hampir 1,500 kali membuatkan ramai, terutama rakyat Malaysia berasa malu melihat gambar tersebut.
“Walaupun saya bukan berasal dari sana (Sandakan), saya berasa malu melihat gambar-gambar ini. Tidakkah anda berasa malu jika pelancong ini kembali ke negara asalnya dan memberitahu rakan-rakan mereka betapa kotornya Malaysia? “Kata seorang netizen.
“Saya kasihan akan pelancong ini. Mereka datang ke Malaysia untuk bercuti tetapi akhirnya harus membersihkan sampah kerana mereka sendiri tidak tahan melihat sampah yang terapung di sungai.” Kata seorang netizen lain.
Jelas apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat memalukan. Malaysia sudah lama membangun tetapi minda rakyat nampaknya masih di tampuk lama. Cukuplah sekali sahaja perkara ini berlaku, jangan biarkan semua ini berlaku lagi, di mana pun jua.
Sumber : erabaru.com.my

