Setiap orang mempunyai sifat atau personaliti yang berbeza. Tetapi, sebenarnya ramai tidak sedar akan personaliti yang dimiliki sehingga ada datang kepada anda dan memberitahu bahawa anda sebenarnya seorang yang kreatif, rajin atau mungkin seorang yang disenangi ramai.
Adakah anda yang benar-benar tahu akan personaliti anda? Tidak?
Di bawah adalah ujian personaliti yang boleh memberitahu sedikit sebanyak tentang diri anda. Ianya mungkin betul, atau mungkin tidak, tetapi pada akhirnya anda akan mula sedar bahawa ada sesuatu yang istimewa dalam diri anda!
Lihat gambar di bawah, pilih satu haiwan yang mula-mula anda nampak dalam gambar tersebut. Setelah itu, baca keterangan yang ada. Haiwan yang anda pilih dapat menceritakan sedikit tentang personaliti sebenar anda.

A. Kucing
Jika anda melihat kucing, anda adalah orang yang tidak suka pada hari Isnin. Kenapa? Kerana anda malas untuk kembali bekerja. Anda juga seorang yang lebih senang menghabiskan waktu lapang dengan berehat di rumah, bersantai dengan membaca buku kegemaran anda atau dengan menonton rancangan TV.
B. Anjing
Anda memerlukan bantuan daripada kawan-kawan untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Selain itu, anda juga seorang yang sukar untuk mengatakan ‘tidak’ jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu. Jadi, jangan malu untuk menolak apa-apa cadangan atau nasihat yang tidak sesuai dengan anda.
Anda juga harus memikirkan diri anda dahulu, anda tidak boleh mengembirakan semua orang jadi jangan korbankan diri anda untuk orang lain.
C. Singa
Anda sememangnya mempunyai aura yang tersendiri. Anda sering mendapat perhatian daripada orang-orang di sekitar anda bukan hanya kerana pakaian anda yang up to date tetapi sememangnya kerana keperibadian anda.
Ada sesuatu dalam diri anda yang menarik sehingga membuatkan orang di sekeliling anda berasa kagum dan hormat kepada anda.
Anda sedar akan kelebihan ini, dan perkara ini membuatkan anda mudah berasa sombong serta cemburu kepada pesaing anda.
D. Kuda
Anda mahu lakukan sesuatu, merasai kebebasan tetapi ketika ini ada sesuatu yang membatasi kebebasan itu. Anda sangat memerlukan time out daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan tetapi semua itu tidak mudah. Jadi, anda perlu kekal tenang dan kuat untuk menghadapi apa sahaja situasi yang sedang anda hadapi.
Seperti kuda, anda harus semakin kuat walaupun sering diberikan dengan pekerjaan yang berat!
E. Angsa
Anda kemungkinan besar sedang jatuh cinta dan tidak hairanlah jika semua yang berlaku di sekitar anda kelihatan indah. Cuba untuk teruskan apa yang anda rasakan kerana ianya memberikan vibe positif bukan sahaja kepada anda tetapi kepada mereka di sekitar anda. Perkara ini membuatkan anda disenangi oleh rakan sekerja serta orang atasan anda.
F. Penguin
Siapa yang melihat penguin pada pandangan pertama gambar ini adalah seorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi dan luar biasa. Bagi sesiapa yang pertama kali melihat atau berjumpa anda mereka akan keliru dengan personaliti sebenar anda.
Sumber : Tribunnews.com

