Perbuatan tidak bertanggungjawab! Bayi malang ditinggalkan seorang lelaki di tepi jalan pada suhu tahap beku sebelum melarikan diri


Seorang lelaki dengan sengaja telah meninggalkan seorang bayi di tepi jalan pada suhu mencapai tahap beku -20°Celsius di China. Dan kini, pihak polis sedang mencari lelaki ini untuk membantu siasatan.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan ini telah dirakam oleh sebuah kamera CCTV dan ia telah mula disebarkan kepada umum untuk membongkar identiti lelaki tidak bertanggungjawab ini.
Suspek dilihat telah berjalan sambil memegang bayi di luar sebuah hospital di bandar Jiamusi, China dan kemudian meletakkan bayi tersebut di tepi jalan dan melarikan diri.
Seorang lelaki dilihat sedang berjalan dengan memegang seorang bayi berdekatan sebuah hospital di Jiamusi, China.
Kredit : k.sina.cn
Lelaki ini kemudian telah meninggalkan bayi tersebut pada pukul 1.30 pagi pada suhu tahap beku di kawasan itu.
Seorang jururawat lelaki telah terlihat bayi lelaki ini ditinggalkan di perkarangan kawasan hospital tersebut dan dengan segera telah membawanya ke jabatan obstetrik hospital tersebut.
Bayi lelaki ini kini dalam proses pemulihan dan berdasarkan pemeriksaan yang telah dilakukan, ia berada dalam keadaan kesihatan yang baik.
Kredit : k.sina.cn
Selepas mendengar seorang bayi lelaki telah ditemui berdekatan hospital, kakitangannya telah menghubungi pihak polis dan melaporkan kes ini.
Bayi lelaki ini kemudian telah dihantar ke Rumah Kebajikan Kanak-kanak Yatim Jiamusi, China.
Kredit : k.sina.cn
Berdasarkan rakaman CCTV yang telah diperolehi oleh pihak polis, mereka berharap akan dapat mengesan suspek yang meninggalkan bayi ini.
Selain pihak polis, orang awam yang melihat rakaman ini di media sosial juga telah diminta untuk membantu mengesan lelaki ini untuk mengenal pasti punca mengapa bayi lelaki yang sihat ini telah ditinggalkan dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk dengan tiada rasa tanggungjawab.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki ini adalah bapa kepada bayi tersebut atau salah seorang ahli keluarga ibunya.
Kejadian pembuangan bayi bukanlah perkara baru di China kerana gejala sosial ini telah dilihat semakin berleluasa.
Kredit : Pixabay
Sebelum ini, seorang ibu muda telah membuang bayinya yang baru dilahirkan ke luar tingkap hospital. Nasib bayi ini sangat baik apabila ia telah disambut oleh kain pelindung atap yang menempatkan basikal beroda tiga dan terselamat.
Dalam satu insiden lain, ibu bapa kepada seorang bayi yang mempunyai penyakit telah meninggalkan bayi mereka kerana tidak lagi tertahan untuk menanggung kos dan bil perubatan yang tinggi. Ibu anak kecil ini berkata, dia lebih sanggup melahirkan anak lain daripada membelanjakan wang yang banyak untuk rawatan anaknya yang sakit itu.
Kes bayi yang ditinggalkan semakin meningkat di China berikutan kurangnya kesedaran dan pendidikan seks yang sangat lemah di negara tersebut.
Ramai ibu muda telah bertindak meninggalkan bayi mereka kerana China tidak menyediakan kemudahan penyaraan dan faedah kebajikan untuk anak. Ini bermakna adalah amat sukar bagi ibu muda ini membesarkan bayi mereka sekiranya mereka tidak mempunyai pendapatan dan suami.
Sekiranya seorang bayi dilahirkan di luar perkahwinan di China, kelahiran mereka tidak akan dapat didaftarkan berikutan peruntukan undang-undang keluarga yang ketat.
Apabila anak tidak sah taraf ini membesar, mereka akan menghadapi masalah untuk mendaftar ke sekolah atau mendapat bantuan kebajikan.
Pembiayaan bil perubatan yang mahal untuk anak kecil yang sakit juga menjadi faktor mengapa ramai ibu bapa yang bertindak meninggalkan bayi mereka untuk dijaga oleh pihak kebajikan.
Sumber : erabaru.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==