Dua lelaki bersubahat ‘cipta adegan kemalangan’ tetapi sebaik melihat ada kamera merakam, mereka lari bertempiaran seperti kartun!


Rakaman mengenai kemalangan palsu yang berlaku pada tahun lalu ini jelas menunjukkan bagaimana seorang penunggang motosikal dan seorang lagi rakan subahatnya cuba mencipta adegan kemalangan dengan mengundurkan motosikalnya lalu ‘mencampakkan’ dirinya ke cermin hadapan kereta.
Video berdurasi selama 48 saat ini memaparkan pemandu wanita yang sedang membuat perjalanan di satu lorong perumahan di United Kingdom. Sewaktu memandu, wanita ini telah melihat seorang lelaki sedang menolak motosikalnya.
Dia kemudian memberhentikan kenderaannya bagi memberikan laluan kepada penunggang tersebut.
Akan tetapi, secara tiba-tiba lelaki berkenaan mengundurkan motosikalnya ke belakang lalu merempuh bahagian hadapan kereta.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut mencampakkan dirinya sehingga menghempap cermin kereta wanita tersebut seolah-olah dia telah dilanggar dengan kuat!
Kejadian ini membuatkan wanita tersebut terkejut lalu keluar daripada keretanya untuk berhadapan dengan lelaki terbabit.
Kemudian, datang seorang lelaki lain yang menyamar sebagai ‘saksi kejadian’ dikatakan sedang memegang telefon dan merakamkan kejadian ‘kemalangan’ ini. Pertelingkahan berlaku di mana kedua-dua lelaki tersebut cuba untuk menyalahkan pemandu wanita itu atas ‘kemalangan’ ini.
Wanita ini terus menerus mempersoalkan tindakan penunggang berkenaan kerana sah-sah ini adalah sesuatu yang dibuat-buat! Penunggang tersebut bagaimanapun tetap meneruskan lakonannya sambil berpura-pura sakit.
Pada waktu itu, pemandu wanita ini terus menunjukkan bahawa terdapat kamera di dalam kenderaannya yang merakamkan segala peristiwa dari awal kejadian. Menyedari bahawa perbuatan mereka hampir terbongkar, kedua-dua pelakon hebat ini terus bertempiaran melarikan diri.
Penunggang motosikal melarikan diri ke arah simpang kiri manakala lelaki yang menyamar sebagai saksi kejadian pula lari ke arah kanan sebelum menukar arah setelah dipanggil oleh rakannya yang membawa motosikal.
Sejurus selepas kejadian, wanita ini dilihat menghubungi pihak polis bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut sebelum masuk semula ke dalam kereta.
Rakaman ini menjadi tular di media sosial dan ramai yang terkejut melihat ‘kebodohan’ aksi lelaki-lelaki itu.
Menurut The Express, “Berdasarkan kenyataan daripada Persatuan Penanggung Insurans British, lebih daripada 2,500 tuntutan palsu dihantar setiap minggu yang mungkin melibatkan anggaran nilai sebanyak RM7 bilion setahun”.
Kejadian memalsukan kemalangan ini dipercayai untuk membuat tuntutan palsu ke atas syarikat insurans. Tonton video penuh di bawah:
Sumber: The Sun
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==