Ramai ibu kini lebih suka untuk memakaikan anak kecil mereka dengan ‘cloth diaper’ atau lampin moden. Tetapi apa yang merisaukan ialah ‘cloth diaper’ memerlukan teknik cucian yang dikatakan leceh dan memakan masa. Tidak seperti ‘cloth diaper’ lampin pakai buang sememangnya lebih mudah, tetapi anda pula yang harus ulang alik ke pasar raya setiap bulan untuk membeli lampin jenis tersebut.

Buat para ibu yang tidak tahu mana yang lebih baik- ‘cloth diaper’ atau lampin pakai buang, berikut adalah 6 kebaikan dan keburukan setiap satu daripada mereka. Moga bermanfaat!
1. Kos
‘Cloth Diaper’
‘Cloth diaper’ bukan sahaja banyak dijual di kedai-kedai bayi tetapi ianya juga boleh didapati secara atas talian. Anda boleh mendapatkannya dengan harga sekitar RM20 bagi 1 helai ‘cloth diaper’ beserta ‘insert’.
Untuk memastikan anak anda dapat menggunakannya setiap hari anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 helai. Maka, kos anggaran minima adalah sekitar RM 20 x 12 = RM240.
Lampin jenis ini juga dikatakan tahan lama dan lambat lusuh. Jika anda membeli 24 helai, harga keseluruhan adalah sekitar RM480. Tapi ini adalah anggaran sahaja kerana lebih banyak anda beli lebih murah harga yang anda dapat.
Lampin Pakai Buang
Harga 1 pek lampin pakai buang adalah sekitar RM30 untuk 60 helai, harga bagi sehelai pula adalah RM0.50. Katakan anak anda menggunakan 7 lampin pakai buang sehari, maka kosnya adalah seperti berikut:
RM0.50 x 7 =RM3.50 sehari
RM3.50 x 30 hari = RM105 sebulan
RM105 x 12 bulan =RM1260 setahun
RM1512 x 3 tahun =RM3780 untuk 3 tahun
RM3.50 x 30 hari = RM105 sebulan
RM105 x 12 bulan =RM1260 setahun
RM1512 x 3 tahun =RM3780 untuk 3 tahun

Kredit: ebay.com
2. Tahan ‘Bocor’
‘Cloth Diaper’
Secara umumnya, ‘cloth diaper’ tidak mempunyai daya serapan seperti lampin pakai buang. Jadi pada waktu malam, anda mungkin perlu meletakkan 2 atau lebih ‘insert’ pada ‘cloth diaper’ agar ia dapat bertahan hingga pagi.
Namun, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan kepada ‘cloth diaper’ bagi memastikan anak kecil anda dapat kekal kering dalam tempoh yang lebih lama.
Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang sememangnya mudah dipakai di mana-mana, pada bila-bila masa termasuklah pada waktu malam. Tetapi, untuk memastikan bayi anda kekal kering sepanjang malam anda mungkin terpaksa bertukar kepada beberapa jenama lampin pakai buang yang sesuai dengan anak anda.

Kredit: bumgenius.com
3. Ruam lampin
‘Cloth Diaper’
Ada yang berpendapat ruam lampin boleh terjadi kerana ‘cloth diaper’ yang membuatkan kulit bayi cepat terdedah kepada kelembapan. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa penggunaan ‘cloth diaper’ mengurangkan ruam dan lebih bersih kerana ibu bapa lebih sering menukar lampin bayi mereka.
Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang mungkin dapat memberi lebih pengudaraan dan serapan pada kulit bayi. Namun, terdapat beberapa kes di mana kulit bayi mudah melecet kerana sensitif dengan gel dan fabrik yang ada pada lampin pakai buang.
Kredit : http://happybabysleep.com.au/
4. Jimat masa
‘Cloth Diaper’
Memandangkan ‘cloth diaper’ tidak menyerap sebanyak lampin pakai buang, ibu bapa haruslah lebih kerap untuk menukar lampin anak mereka. Selepas itu, anda juga harus meluangkan sedikit masa lagi untuk mencuci dan menjemur ‘cloth diaper’ untuk dipakai semula. Perkara ini mungkin sedikit melecehkan terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja.
Lampin Pakai Buang
Bagi ibu bapa yang bekerja atau sering sibuk, lampin pakai buang adalah pilihan yang lebih praktikal. Ia lebih sesuai untuk dibawa semasa dalam perjalanan. Ia juga menjimatkan masa dan tidak perlu dicuci.

Kredit: howcast.com
5. Mesra alam
‘Cloth Diaper’
Secara anggaran, ‘cloth diaper‘ yang boleh dipakai semula adalah 20 kali lebih ‘hijau’ berbanding lampin pakai buang.
Lampin Pakai Buang
Dianggarkan 8000 keping lampin pakai buang digunakan oleh anak kecil sehingga mereka pandai menggunakan tandas sendiri. Jika dikumpulkan, jumlah tersebut boleh mencapai 3.4 juta tan setahun dan mengambil masa sehingga 500 tahun untuk diuraikan sepenuhnya.
Kredit: australiannappyassociation.org.au
6. Keselesaan bayi
‘Cloth Diaper’
Disebabkan saiznya yang agak besar atau ‘bulky’, ia mungkin lebih sukar untuk dipakaikan dengan seluar. Selain itu, disebabkan kuasa serapan yang kurang, kelembapan yang kerap dirasai oleh bayi akan membuatnya mudah rasa tidak selesa.
Lampin Pakai Buang
Pemakaian lampin pakai buang akan buat bayi lebih selesa walaupun lampin sudah penuh. Ia juga tidak kelihatan terlalu menonjol apabila dipakai dalam seluar.
Mereka mudah tidur malam kerana ia tidak perlu ditukar selalu. Tetapi, mungkin disebabkan terlalu selesa, anak kecil akan lebih suka untuk buang air di dalam lampin sahaja tanpa perlu ke tandas.
Kredit: muncheemoms.com
Sumber : erabaru.com.my

